Rabu, 30 Jun 2010

PATRI


andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara
andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera

engkau dalang mengawalnya
ke timur ke utara ke mana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

andai diri ini taman tasik
sang pirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala

namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya
kerna aku terpanah arjuna
sedikit pun tidak aku menyesali
aku rela di tawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela di tawanan
aku rela terpatri cinta suci

muzik/lirik : anjang



Lagu ini pada saya best, tabiklah pada penulis lirik lagu ni. Berikut adalah aku punya tafsiran tentang lagu ini. Dari persepsi saya, lagu ini secara tersiratnya menceritakan atau mengisahkan tentang diri manusia dan juga kebergantungannya dengan Tuhannya. Di dalam lirik ini penulis lirik hanya memaparkan gambaran tentang:-



  1. hati & perasaan digambarkan sebagai kecapi dan tali
  2. Tubuh & naluri digambarkan sebagai boneka dan benang sutera
  3. Diri & Jiwa digambarkan sebagai tasik dan pirana(ikan)

Kecapi adalah suatu jenis alat muzik orang cina. Kebiasaannya alat ini selalu di sertakan dalam cerita kungfu - kungfu cina. Seperti juga gitar dimana tali adalah sebagai sumber yang mengeluarkan bunyi apabila di petik. Dengan tali itulah kecapi atau gitar dapat mengeluarkan bunyi sekiranya dipetik. Kecapi tetap kecapi dan tali tetap tali, kedua – duanya saling melengkapi. Begitu juga boneka dan tali (alat untuk menggerakan boneka. Tasik dan ikan. Tiada tali, maknanya tiada berfungsi kecapi itu sebagai alat muzik yang mengeluarkan bunyi.


Seterusnya :

  1. “engkau memetik jari jemari, berlagu irama duka dan lara”
  2. “engkau dalang mengawalnya, ke timur ke utara ke mana jua”


Sekiranya di perhati di dalam 2 lirik ini, yang pertama – kecapi tidak akan berbunyi kalau tiada yang memetiknya dan boneka takkan bergerak sendiri tanpa yang menggerakkannya. So, bergantung kepada “ENGKAU” lagu macammane yang hendak di mainkan dan irama apa yang hendak di alunkan, bergantung kepada “ENGKAU” kemana nak digerakkan boneka itu… “ENGKAU” lah dalang disebalik semua ini. Siapakah “ENGKAU” yang dimaksudkan disini? Tentulah Empunya kecapi dan Empunya boneka yang dimaksudkan dengan lirik lagu ini. Macammana pula dengan kita manusia? Siapa kita? Siapa Empunya kita? Tentulah Allah S.W.T.


  1. “engkau menjaring dengan senyuman, dan mengurungkannya dari segala”


Menjaring dengan senyuman dan mengurungkannya dari segala itu bermaksud, suatu perkara yang agak mudah bagiNya untuk melakukan perkara itu.Gambaran Ikan itu dikurung dalam dunianya iaitu air, di situlah tempatnya dia dikurung atau dunianya. Begitu juga kita, diri ini gambaran bagi dunia kita. Alam Shaghir (Kecil) dalam diri kita sebenarnya lagi besar maklumatnya dari alam Kabir (Besar). Di dalam alam Shaghir inilah tersimpannya Rahsia Tuhan yang Esa.

aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman


Itulah sifat hamba, hanya akan lalui takdirnya yang telah ditentukan oleh dirinya sendiri, bukan diatas takdir orang lain. Baik buruk, rezeki, maut, ajal, semuanya telah ditentukan sebelum kelahirannya. Manusia itu bergerak atas takdir yang telah ditentukan untuk dirinya sendiri. Jasad kita digerakkan oleh roh, roh digerakkan oleh nyawa (kalau tak silap sayalah). Nyawa tu dari siapa?


Dan akhir sekali…

“namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya
kerna aku terpanah arjuna
sedikit pun tidak aku menyesali
aku rela di tawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela di tawanan
aku rela terpatri cinta suci”



Insan itulah hamba yang mencari kekasihnya, siapa pula kalau bukan Tuhan yang Esa, Allah s.w.t. Apakah peduli dia pada yang lain? Tidak sekali – kalidia palingkan pada yang lain, semata – mata kerana Dia.


Akhir kata:

Kenalilah diri kamu rata – rata, baru kenal Tuhan dengan Nyata.




“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan hanya senda gurau dan main-main belaka. Dan sesungguhnya kehidupan akhirat itulah yang kehidupan yang sebenarnya, kalau saja mereka mengetahui”. (QS. Al Ankabuut : 64).


“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”. (QS. Al An’am : 32).

Diterbitkan oleh,

‍SZ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan